Konsep Perkataan
Merupakan
unit ujaran yang bebas dan bermakna
Kata
boleh dibahagikan kepada berikut:
|
Bentuk-bentuk
Kata
Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:
Kata tunggal
|
i.
Tidak menerima imbuhan atau kata
dasar yang lain.
ii.
Akronim yang sudah diterima pakai
juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya; Mara,
Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya.
iii.
Para pelajar diingatkan bahawa
akronim tidak sama dengan singkatan.
iv.
Singkatan ialah kependekan bagi satu
atau beberapa perkataan seperti IT
untuk teknologi maklumat (information
technology) dan PM untuk
Perdana Menteri.
v.
Jelaslah, singkatan
tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim.
|
Kata terbitan
|
i.
Terdiri daripada kata dasar atau kata
akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan
atau apitan.
|
Kata majmuk
|
i.
Terbentuk hasil gandingan dua atau
lebih kata dasar.
ii.
Rumus penting ialah tiada kata lain
yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan
kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi
tergolong dalam frasa.
iii.
Misalnya; Budak
berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari, atau budak
yang berlari itu.
iv.
Pada umumnya, kata majmuk dieja
terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. (lihat lampiran 1)
|
Kata ganda
|
i.
Kata ganda ialah pengulangan kata
dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan
penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan
separa), seperti gila-gila,
gula-gula, suka-suka, labah-labah, rama-rama dan sebagainya.
ii.
Contoh penggandaan separa ialah pepatung,
lelabah, sesekali dan sebagainya.
|
|
No comments:
Post a Comment