Pemajmukan ialah proses menggandingkan
dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon
terus dail, setiausaha
dan sebagainya
Perlu ditekankan bahawa gandingan dua
kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan
perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa.
Contohnya:
i.
Muda
mudi boleh menjadi muda dan mudi
ii.
Hitam
legam boleh menjadi hitam lagi
legam
iii.
Hujan
renyai boleh menjadi hujan yang
renyai
Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung
makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu:
i.
Umum
ii.
Istilah
iii.
Kiasan/peribahasa
Kata Majmuk Umum
Kata majmuk umum terbahagi kepada:
i.
Kata majmuk biasa
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak,
tengah hari
ii.
Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis
Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar
Kata Majmuk Istilah Khusus
Kata gandingan untuk istilah-istilah
yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.
Telefon mudah alih, teknologi maklumat,
kertas kerja
Kata Majmuk Kiasan
Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud
selain daripada maksud harafiahnya, misalnya:
Masam muka, tebal muka, curi tulang,
makan angin
Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.
Contoh 1
Kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.
Contoh 1
Kata
dasar 1
|
Kata
dasar 2
|
Kata
majmuk
|
air
|
mata
|
air
mata
|
ambil
|
alih
|
ambil
alih
|
meja
|
tulis
|
meja
tulis
|
ketua
|
menteri
|
ketua
menteri
|
tanggung
|
jawab
|
tanggungjawab
|
antara
|
bangsa
|
antarabangsa
|
Contoh 2
Kata
dasar 1
|
Kata
dasar 2
|
Kata
majmuk dieja sebagai satu perkataan
|
antara
|
bangsa
|
antarabangsa
|
apa
|
bila
|
apabila
|
apa
|
kala
|
apakala
|
apa
|
lagi
|
apalagi
|
bagai
|
mana
|
bagaimana
|
barang
|
kali
|
Barangkali
|
beri
|
tahu
|
Beritahu
|
bumi
|
putera
|
Bumiputera
|
dari
|
hal
|
darihal
|
dari
|
pada
|
Daripada
|
duka
|
cita
|
dukacita
|
hulu
|
balang
|
Hulubalang
|
jawatan
|
kuasa
|
jawatankuasa
|
kaki
|
tangan
|
Kakitangan
|
ke
|
pada
|
kepada
|
kerja
|
sama
|
Kerjasama
|
mana
|
kala
|
Manakala
|
Mata
|
hari
|
Matahari
|
olah
|
raga
|
olahraga
|
pada
|
hal
|
Padahal
|
Pesuruh
|
jaya
|
Pesuruhjaya
|
setia
|
usaha
|
setiausaha
|
suka
|
rela
|
sukarela
|
suruhan
|
jaya
|
Suruhanjaya
|
tanda
|
tangan
|
Tandatangan
|
tanggung
|
jawab
|
Tanggungjawab
|
warga
|
negara
|
warganegara
|
Sungguhpun
kata majmuk dieja terpisah, tetapiia dieja/ditulis sebagai satu perkataan
apabila menerima apitan, seperti contoh pada jadual di bawah:
Kata Majmuk | Apitan | Ejaan |
kuat kuasa | peN....an | penguatkuasaan |
kemas kini | meN...kan | mengemaskinikan |
anak tiri | meN...kan | menganaktirikan |
ibu bapa | ke...an | keibubapaan |
kuat kuasa | di...kan | dikuatkuasakan |
campur aduk | peR...an | percampuradukan |
Untuk awalan,
kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala
akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di
bawah.
Imbuhan | Kata Majmuk | Kata Majmuk Terbitan |
berR- | garis pusat | bergaris pusat |
meN- | ambil alih | mengambil alih |
peN- | cari gali | pencari gali |
-an | daya serap | daya serapan |
-kan | urus niaga | urus niagakan |
No comments:
Post a Comment