- Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
- Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
- (a) kata hubung gabungan,
- (b) kata hubung pancangan,
- (c) kata hubung berpasangan.
- Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
- Kata Hubung Gabungan / Pancangan
-
-
Contoh
-
Ayat Contoh
- agar
- Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
- apabila
- Mukanya pucat apabila disoal.
- atau
- Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
- bahawa
- Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
- dan
- Leela dan Siu Lan berjiran.
- hingga
- Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
- Jika
- Saya berpayung jika hujan.
- Jikalau
- Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
- kecuali
- Semua murid Nadir kecuali Gopal.
- kerana
- Aini menangis kerana terlalu sedih.
- lalu
- Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
- manakala
- Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
- sambil
- Zalifah bernyanyi sambil menari.
- serta
- Zahid serta abangnya menonton wayang.
- semenjak
- Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
- sementara
- Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
- sungguhpun
- Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
- supaya
- Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
- walaupun
- Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
- tetapi
- Badannya besar tetapi penakut.
-
- Kata Hubung Berpasangan
-
- Contoh
- Ayat Contoh
- Baik - mahupun
- Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
- Baik- baik
- Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
- bukan sahaja malah
- Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
- entah entah
- Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
- Jangan – pun
- Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
- Kian – kian
- Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
- Sama ada – ataupun
- Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
- sedangkan...inikan pula
- Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
- semakin...semakin
- Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
- sungguhpun...tetapi
- Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
- walaupun...namun
- Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.
- Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
-
- Dan
- hingga
- lalu
- ketika
- Dengan
- yang
- tetapi
- jika
- Kerana
- serta
- kalau
- kemudian
- demikian
- walhal
- walau
- agar
- atau
- demi
- supaya
- Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
-
- semasa
- sementara
- seharusnya
- andaikata
- semoga
- seketika
- sebaliknya
- sedangkan
- setelah
- sesungguhnya
- walaupun
- itupun
- sewaktu
- seandainya
- meskipun
- sekali[un
- mudah-mudahan
- moga-moga
- jikalau
- bagaimanapun
- padahal
- Contoh ayat
- 1. menggabungkan dua ayat
- Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.
- 2. Menggabungkan dua rangkai kata
- Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
- 3. Menggabungkan ayat-ayat
- Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.
Wednesday, 31 October 2012
Kata Hubung
Penjodoh Bilangan
- Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
- Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
- Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:
-
Penjodoh BilanganpenggunaannyaContohnya
angkatan untuk sekumpulan manusia atau benda kapal, tentera, pelukis, penulis baris untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi batang untuk menunjukkan benda-benda yang panjang sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum bentuk untuk benda-benda kecil yang berkeluk mata kail, subang, cincin berkas untuk benda-benda yang diikat bersama-sama kunci, lidi, kayu bidang untuk benda-benda yang terbentang luas tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar biji untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas Bilah untuk benda-benda yang tajam parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris buah untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera buku untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah sabun, roti, benang butir untuk benda-benda yang bulat atau kecil telur, batu, manik, beras, peluru carik/cebis untuk benda-benda yang dikoyakkan kertas, kain cubit untuk benda yang diambil sedikit dengan jari garam, gula, kunyit cucuk untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi sate das untuk bunyi letupan atau tembakan meriam, pistol, senapang deret untuk benda-benda yang tersusun bangunan, rumah, kedai, kereta ekor untuk semua jenis binatang nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama genggam untuk benda-benda yang digenggam pasir, beras, padi gugus untuk buah-buah ataupun benda anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci gulung untuk benda-benda yang bergulung filem, permaidani, tikar, dawai, kertas helai untuk benda-benda yang nipis dan lebar daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput ikat untuk benda-benda yang diikat kayu, lidi, tebu, sayur, papan iris untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil bawang, timun, daging, buahbuahan jambak untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai bunga, kunci kaki untuk benda-benda yang bertangkai payung, cendawan, bungs kawan untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati kelompok untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda burung, awan, pulau, bintang kepal untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan nasi, pulut, tanah keping untuk benda-benda yang nipis atau pipih roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah kerat untuk bahagian benda-benda yang dipotong roti, tiang Ketul untuk benda-benda yang berketul dan padu ais, daging, tulang, sabun, roti Kotak untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk kuntum untuk bungs mawar, melati, anggerik Laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam lembar benda-benda yang lurus dan panjang kertas, dawai, benang longgok untuk benda-benda yang berada dalam longgokan durian, pakaian, tanah, cili naskhah untuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku Orang untuk manusia guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen Papan untuk benda-benda yang berbentuk kepingan coklat, petai, mercun pasang untuk benda dan manusia yang berpasangan pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak pangsa untuk bahagian dalam buah durian pasukan untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam pemain kompang, polis, tentera pengakap patah untuk kata perkataan, kata-kata potong untuk benda-benda yang sudah dipotong kuih, daging, roti pucuk untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung puntung untuk sebahagian benda yang masih menyala rokok, bara, kayu api rangkap untuk puisi pantun, sajak, syair rawan untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat jala, jaring, pukat ruas untuk benda yang beruas-ruas tebu, buluh rumpun untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat buluh, tebu, serai, pandan, padi sikat/sisir untuk buah pisang pisang tandan untuk buah-buahan yang bertandan pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit tangkai untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai rambutan, duku, kenanga, padi, daun titik untuk cecair yang menitis air, darah, dakwat, embun tongkol untuk buah yang bertongkol jagung ulas untuk isi buah-buahan yang berpangsa durian, limau, nangka, cempedak urat untuk benda-benda yang halus dan panjang rambut, benang, dawai, utas untuk benda-benda yang panjang tali, dawai, rantai
Simpulan Bahasa
- Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
- Biasanya simpulan bahasa merupakan ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tersirat dan tepat.
Apabila sesuatu perkataan di dalam ungkapan tersebut dipisahkan, ia menjadi perkataan tersendiri dan hanya membawa makna asalnya. Sebaliknya apabila perkataan tersebut dirangkaikan dengan perkataan lain, maka maknayan akan berubah daripada makna perkataan asalnya tadi.
Perhatikan
contoh simpulan bahasa, maksudnya, dan penggunaannya dalam ayat yang
ditunjukkan dalam jadual berikut.
- Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:
-
Simpulan BahasaMaksudnya
ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka rupa atau wajah seseorang ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri anak bapa anak yang disayangi oleh bapa anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab atas angin negara-negara di sebelah barat atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya banyak mulut orang yang banyak bercakap batu api orang yang suka menghasut batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh bawah angin negara-negara di sebelah timur bekas tangan hasil kerja tangan seseorang beralih akal berubah fikiran atau pendapat beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat berat hati enggan; malas berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak berat tulang orang yang malas bekerja berat sebelah tidak berlaku adil berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan berhati batu degil dan sukar menerima nasihat berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga bermuka dua tidak jujur bertikam lidah bertengkar; berdebat besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain buah hati orang yang dikasihi atau dipuja buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai bush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang bulat hat! bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam cahaya mata anak cakar ayam tulisan yang buruk campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu epat tangan suka mencuri dalam tangan sudah pasti akan diperoleh darah daging anak kandung durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga diri maruah atau kehormatan seseorang harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi hati batu degil atau keras hati hidung tinggi sombong atau tinggi diri hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perut menahan lapar kerana berjimat iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu isi hati perasaan dalam hati jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain kaki ayam tidak berkasut atau berselipar kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola kaki botol suka minum minuman keras kecil hati berasa tersinggung atau merajuk kepala angin perangai yang tidak menentu kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain khabar angin berita yang belum tentu benarnya langkah kanan bernasib baik langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan lidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayai lipas kudung cepat membuat kerja lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan angin bersiar-siar untuk berehat makan suap menerima rasuah malu-malu kucing berpura-Aura malu di hadapan orang mandi peluh bekerja kuat mati katak mati dengan sia-sia membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir membawa diri tahu menjaga diri membuka jalan memberi laluan kepada orang lain membuka tembelang menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan mencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatu mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah mencuit hati lucu; menggelikan hati mengabui mata cuba memperdaya; menipu mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil angin bersiar-siar untuk berehat mengambil berat memberi sepenuh perhatian mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat muka tembok tidak berasa malu mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia murah hati suka bederma; tidak kedekut naik angin terlalu marah nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati orang atasan orang yang berpangkat tinggi otak cair pintar atau bijak otak kering kurang siuman otak udang bebal atau bodoh paku belanda barangan yang tetap harganya panas hati meradang atau marah panjang tangan suka mencuri pasang telinga mendengar dengan teliti pekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat pembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi perang mulut pertengkaran pilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai pisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki puteri lilin tidak tahan terkena panas matahari putih hati ikhlas; jujur putih mata mengalami kekecewaan rabun ayam penglihatan yang kurang jelas rambang mata sukar membuat pilihan ringan tangan suka membuat kerja: menolong orang sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja serkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa tangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hati tangkai jering orang yang kedekut tawar hati tidak mempunyai minat lagi tebal muka tidak tahu malu telinga kuali tahan hati menerima kemarahan telinga lintah tajam pendengaran telinga nipis cepat marah atau meradang terang hati mudah memahami sesuatu tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak tin kosong bercakap besar tanpa ilmu titik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh
Subscribe to:
Posts (Atom)