Cintai Bahasa Kita: Pengimbuhan

Saturday 6 October 2012

Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
 
 
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.

Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

 
 
Imbuhan Kata Nama
 
 
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Contoh imbuhan pada awalan ayat
Awalan Varian Contoh perkataan contoh penggunaan
ke- ke kerabat, ketladak, kekasih Kerabat diraja itu makan di warung sahaja.
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak
peN- pe- pewangi, peragut, pesalah Orang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan.
  pem- pemfatwa, pemproses, pemberontak Mesin pemproses sawit itu mahal harganya.
  pen- pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari
  peng- pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh Pengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari.
  penge- pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri
  pel- pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon Pelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.
peR- per pertapa Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.
juru- juru- jurutaip, jururunding, jurubahasa Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan.
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar) dwi- dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-) eka- ekabahasa, ekakaum, ekafungsi Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara
pasca-(dirujuk kepada `selepas') pasca- pascasiswazah Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.
pra-(menunjukkan makna `sebelum') pra- prasejarah, prakemerdekaan Ahli arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah.
swa-menunjukkan maksud `sendiri') swa- swalayan, swamodal, swakarya Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu.

Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhiran contoh perkataan
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk) seniman, budiman
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya) olahragawan, usahawan
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya) pragawati, olahragawati
-an pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan

Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitan contoh perkataan
ke....an kezaliman, kesenangan
pe...an peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan
peN...an penyusunan, pengurangan

Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipan contoh perkataan
-el- telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er- keruping, seruling, serabut
-em- kemuning, kemuncup, kemelut




Imbuhan Kata Kerja


Menerima tiga jenis imbuhan  awalan, akhiran dan apitan.

Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata kerja seperti berikut:

gemerlap -------> bergemerlap
selerak----------> berselerak; menyelerakkan

Contoh imbuhan pada awalan
Akhiran varian contoh perkataan
beR- be- bekerja
  bel- belajar
  ber- berkawal, berhasrat, berziarah
meN me- melawat, merasa
  mem- memberi, memproses
  meng- mengelak, menggali, menghabiskan
  menge- mengebom, mengetin, mengelupur, mengesahkan
di- di- dipukul, dibaca
mempeR- memper- memperbaharu, memperhamba, memperluas, memperdalam
dipeR- diper- diperbaharui
teR- te- terasa, terasuk, terombak
  ter- terminum, terpisah, tercarut

Merumuskan akhiran yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya.
akhiran contoh perkataan
-kan buatkan, amalkan, ramaikan, selesaikan
-i jauhi, turuti, masuki

contoh imbuhan apitan yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya
Imbuhan varian contoh perkataan
beR...an ber...an beranggapan, berdampingan
  be...an beratapan, berebutan
beR...kan be-...-kan berumahkan, berantaikan
  ber-...-kan bertajukkan, berbantalkan
meN...-kan me-...-kan memasukkan, merundingkan, meyakinkan
  mem-...-kan memberikan, mempastikan, memfatwakan
  men-...-kan mendirikan, menjadikan, menzahirkan
  meng...-kan mengambilkan,menggantikan, mengkanunkan
  menge...-kan mengeposkan, mengetinkan, mengesahkan
menN...i me...i meracuni, melindungi, meyakini
  mem-...i membeloti, mempelopori
  men--...-i menjalani, mensyukuri
  meng-...-1 mengairi, mengekori, menghadiri, menggarami
mempeR-...kan memper...-kan memperhambakan, mempersendakan
ke...an ke-...-an kecurian, kemalangan, kesiangan
di....i di-...-i diragui, dikasihi, dirindui
di...kan di-...-kan dipulangkan, dibenarkan
dipeR...kan diper-....-kan diperkenankan, dipersembahkan, diperlihatkan

 





Imbuhan Kata Adjektif


Kata adjektif menerima tiga jenis imbuhan - awalan, apitan, dan sisipan.

Kata adjektif tidak menerima akhiran

Amati contoh-contoh berikut:

imbuhan varian contoh perkataan contoh penggunaan
Awalan
teR- te- teramai, teruncing, terendah Pesta jualan itu mencatat kedatangan pelanggan teramai  pada tahun ini.
  ter- terbaik, tersohor, terindah ``Kaulah yang terbaik bagi diriku,'' katanya.
se- se- seindah, seganas, sebesar, sehebat  Persembahan pentas kumpulan rock itu sehebat artis-arti rock dari luar negara.
Apitan
ke...an ke-...-an kemelayuan, kebaratan, ketimuran Walaupun cara beliau berpakaian agak kebaratan, tetapi pemikirannya padat dengan aspirasi kemelayuan.
Sisipan
-el- -el- gelembung, selerak Minum bergas itu mempunyai gelembung udara
-er- -er- gerigi, serabut sejak beristeri dua, fikirannya amat serabut.
-em- -em- gemilang, semerbak, gemerlap Minyak wangi palsu itu semerbak baunya.
-in- -in- sinambung usaha beliau dalam perniagaan merupakan kesinambungan bakat neneknya.

No comments:

Post a Comment