Cintai Bahasa Kita: Pemajmukan

Saturday 6 October 2012

Pemajmukan


Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya
 
 
Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya:

                   i.       Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi

                   ii.       Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam

                   iii.       Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai

Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu:

                   i.       Umum

                   ii.       Istilah

                  iii.       Kiasan/peribahasa
 
 
 
 
 
Kata Majmuk Umum
 
 
Kata majmuk umum terbahagi kepada:
 
      i.        Kata majmuk biasa
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari
 
     ii.        Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar


Kata Majmuk Istilah Khusus
 
 
 
 
  Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.
Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja
 
 
 
Kata Majmuk Kiasan
 
 
Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya, misalnya:
Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin



Pengimbuhan Kata Majmuk

 
Kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.


Contoh 1

Kata dasar 1
Kata dasar 2
Kata majmuk
air
mata
air mata
ambil
alih
ambil alih
meja
tulis
meja tulis
ketua
menteri
ketua menteri
tanggung
jawab
tanggungjawab
antara
bangsa
antarabangsa



Contoh 2

Kata dasar 1
Kata dasar 2
Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan
antara
bangsa
antarabangsa
apa
bila
apabila
apa
kala
apakala
apa
lagi
apalagi
bagai
mana
bagaimana
barang
kali
Barangkali
beri
tahu
Beritahu
bumi
putera
Bumiputera
dari
hal
darihal
dari
pada
Daripada
duka
cita
dukacita
hulu
balang
Hulubalang
jawatan
kuasa
jawatankuasa
kaki
tangan
Kakitangan
ke
pada
kepada
kerja
sama
Kerjasama
mana
kala
Manakala
Mata
hari
Matahari
olah
raga
olahraga
pada
hal
Padahal
Pesuruh
jaya
Pesuruhjaya
setia
usaha
setiausaha
suka
rela
sukarela
suruhan
jaya
Suruhanjaya
tanda
tangan
Tandatangan
tanggung
jawab
Tanggungjawab
warga
negara
warganegara

 
 
Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapiia dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan, seperti contoh pada jadual di bawah:


Kata Majmuk Apitan Ejaan
kuat kuasa peN....an penguatkuasaan
kemas kini meN...kan mengemaskinikan
anak tiri meN...kan menganaktirikan
ibu bapa ke...an keibubapaan
kuat kuasa di...kan dikuatkuasakan
campur aduk peR...an percampuradukan


Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah.

Imbuhan Kata Majmuk Kata Majmuk Terbitan
berR- garis pusat bergaris pusat
meN- ambil alih mengambil alih
peN- cari gali pencari gali
-an daya serap daya serapan
-kan urus niaga urus niagakan
 

No comments:

Post a Comment