Ringkasan
|
Contoh
ayat
|
- Huruf
Besar
- 1.
Digunakan pada permulaan sesuatu ayat atau selepas tanda noktah.
- 2.
Digunakan untuk menulis Kata Nama Khas
- 3.
Digunakan pada awal menulis cakap ajuk dan selepas tanda tanya
dalam ikatan cakap ajuk.
- 4.
Digunakan selepas tanda seruan.
|
- a.
Ibu memasak nasi.
- b.
Tan seorang budak yang pemalu. Dia baru pindah ke
sini.
- a.
Amin, ketua Kelas Enam Mawar baru balik dari kampungnya
di Dungun.
- b.
Ahmad membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia”
yang ditulis oleh Idris Rahman.
- a.
Dengan lantang ibu berkata “ Bangun, kemu sudah terlewat
ke sekolah.”
- b.
“Bilakah awak hendak ke pekan ? Hari inikah
?” tanya Burhan.
- a.
Amboi, cantiknya baju dia ! Di mana dia membelinya ?
|
- Tanda
noktah atau titik ( .)
- 1.
Digunakan untuk mengakhiri sesuatu ayat yangbukan seruan atau
pertanyaan.
- 2.
Digunakan untuk menulis huruf ringkas atau kependekan.
|
- a.
Dia baru pulang dari sekolah.
- a.
Kami melawat R.T.M.
- a.
Bapanya dianugerahkan pingat P.J.K. oelh Sultan Terengganu.
|
- Tanda
koma ( , )
- 1.
Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur yang sama dalam sesuatu
ayat
- 2.
Digunakan selepas kata seruan.
- 3.
Digunakan untuk memisahkan cakap ajuk daripada bahagian lain dalam
ayat.
- 4.
Digunakan di belakang pada kata penghubung pada awal ayat.
|
- a.
Abang pergi ke kedai membeli tepung, gula, bawang, biskut, roti
, dan susu.
- a.
Wah, bijak betul budak itu !
- a.
Cikgu Asrul berkata, “Tolong ambilkan buku kuning itu.”
- b.
“Biarkan dia lakukan sendiri kerja itu,” pesan ibu.
- a.
Oleh itu, kita mesti bertindak dari sekarang.
- b.
Jadi, dia pun lari dari situ.
|
- Tanda
Tanya atau soal ( ? )
- Digunakan
untuk menamatkan ayat soal.
|
- Pukul
berapa dia pergi ke sana ?
|
- Tanda
Seruan ( ! )
- Digunakan
di hujung ayat-ayat seruan.
|
- a.
Oh, awak rupanya yang mengetuk pintu tadi !
- b.
Eh, bila kamu sampai !
|
- Tanda
Sempang atau Sengkang ( - )
- 1.
Digunakan untuk menulis kata ganda.
- 2.
Digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar.
- 3.
Digunakan untuk merangkaikan awalan ke depan angka atau nombor.
- 4.
Digunakan untuk merangkaikan angka dengan akhiran -an.
|
- a.
Gunung-ganang, lauk-pauk, bukit-bukau, kuda-kuda
- b.
rahmat-Nya, Se-Malaysia, anti-Amerika, Insya-Allah.
- a.
Ke-60, ke-10
- b.
Mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke - 5.
- a.
60-an, 70-an, 80-an, 90-an
- b.
Irama Pop Yeh-Yeh terkenal pada tahun 60-an.
|
- Tanda
Noktah Bertindih ( : )
- 1.
Digunakan untuk menambahkan penjelasan dalam sesuatu ayat.
- 2.
Digunakan untuk menggantikan maksud iaitu.
- 3.
Digunakan untuk memisahkan watak dengan dialog dalam sesuatu perbualan.
- 4.
Digunakan untuk menerangkan sesuatu dalam ayat.
|
- a.
Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh: Jika tidak berpelajaran,
kita akan di pandang hina.
- b.
Kita mesti membantu orang yang dalam kesusuhan : sikap yang disukai
masyarakat
- a.
Cikgu : Mengapa awak tidak datang ke sekalah semalam ?
- Sani
: Saya tidak sengaja. Saya lewat bangun.
- a.
Di dalam beg ini ada :
- i-
buku
- ii-
pensil
- iii-
pembaris
- iv-
pemadam
|
- Tanda
Koma Bertindah ( ; )
- 1.
Digunakan untuk memisahkan bahagian ayat yang setara dengan keadaannya.
- 2.
Digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang menggunakan
kata hubung.
|
- a.
Bawakan barang-barang ini dan berikan kepada Pak Yusof ; cangkul,
sabit dan penggali.
- b.
Kami semua lulus dalam ujian matematik ; Manisah 80 merkah, Tina
82 markah dan saya sendiri 88 markah.
- a.
Dia seorang budak yang baik ; kami semua sayang kepadanya.
- b.
Buktikan kepandaian kamu ; kalahkan pasukan mereka.
|
- Tanda
Pengikat Kata atau Petik ( “
“ )
- 1.
Digunakan untuk menulis cakap ajuk.
- 2.
Digunakan untuk menulis nama buku, majalah, cerita, sajak, lagu
dan sebagainya dalam sesuatu ayat.
|
- a.
“Saya hendak pergi ke perpustakaan,” kata Ghani.
- b.
Adnan berkata, “Sayalah pemain yang menjaringkan gol itu.”
- a.
Cikgu Hashimi menulis sebuah buku bertajuk, “Penggunaan Tatabahasa
dalam U.P.S.R.”
|
No comments:
Post a Comment